Minuman Berkultur : Baik Atau Buruk?

0

4

Darsawarsa ini, terdapat pelbagai jenis minuman berkultur di pasaran. Vitagen, Yakult, Solivite dan Nutrigen merupakan antara contoh minuman berkultur yang menjadi kegemaran pelbagai lapisan masyarakat terutamanya kanak-kanak. Akan tetapi, terdapat dakwaan yang mengatakan minuman berkultur boleh menyebabkan barah kepada peminumnya dan dakwaan ini berlegar pantas dalam medium media hingga menyebabkan kegusaran dalam kalangan kaum ibu terutamanya.

Apakah yang dimaksudkan dengan minuman berkultur?

Minuman berkultur adalah merupakan minuman yang terdapat kuman bakteria probiotik di dalamnya. Bakteria probiotik ini bakteria baik yang wujud secara semulajadi pada dinding usu untuk menghasilkan keseimbangan kehidupan mikro organisma dalam usus dan membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik. Antara kebaikan bakteria probiotik ialan mengurangkan gejala alahan terhadap laktosa, meningkatkan penghadaman, meningkatkan penyerapan galian, menghasilkan vitamin, melegakan cirit-birit dan menguatkan sistem ketahanan badan. Jika dibandingkan antibiotik yang bertindak selepas seseorang diserang penyakit, bakteria probitiok pula boleh dianggap sebagai pencegah kepada penyakit.

Tiada larangan untuk meminum minuman berkultur?

Akan tetapi, minuman berkultur tidak sesuai untuk diminum oleh individu yang mempunyai sistem daya tahan yang lemah kerana dikhuatiri bakteria probiotik ini akan berkembang dengan cepat pada individu yang mempunyai sistem daya tahan yang lemah seperti pesakit HIV & AIDS, pesakit diabetes, pesakit kanser & mereka yang sedang menjalani rawatan, pesakit yang mengalami kegagalan ginjal & sedang menjalani dialisis, pesakit yang telah menjalani pembedahan usus dan lain-lain lagi.
Mereka yang mempunyai penyakit-penyakit seperti yang dinyatakan seharusnya meminta konsultansi daripada doktor mengenai corak pemakanan yang harus mereka ambil setiap hari.

Tuntasnya, untuk mengatakan bahawa minuman berkultur merupakan penyebab kepada penyakit barah kepada individu yang sihat adalah tidak berasas. Selain itu, penyakit barah juga merupakan penyakit multi factor dan tidak tertumpu kepada satu faktor sahaja. Akan tetapi, tidak dapat dinafikan bahawa minuman berkultur boleh menyebabkan kesan buruk kepada individu yang mempunyai daya imunisasi badan yang lemah. Sebaiknya, konsultansi daripada doktor diminta terlebih dahulu untuk memastikan pencegahan penyakit dibuat daripada awal.

Sumber & diolah daripada: Wikipedia & Blog Dr. Zubaidi.

Zagazig Academic Panelist,
“Achieve the Highest, Improve Others”
Academic Bureau,
PERUBATAN Zagazig Chapter 2015/2016.

Categories: General,Latest

Leave a Reply